fbpx

Suami bunuh, buang mayat isteri dalam hutan kerana cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan Teeraphan yang kembali ke rumahnya untuk mengambil barang. - KhaoSod

BANGKOK – Gara-gara cemburu, seorang lelaki di Thailand membunuh isterinya sebelum membuang mayat mangsa ke dalam hutan di belakang rumah mereka, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan) semalam. Polis menerima laporan mengenai pembunuhan di kawasan Moo 10, daerah Ko Chan.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, polis mendapati sebuah rumah satu tingkat berada dalam keadaan bersepah dan berselerak dengan pakaian, selain kesan seretan darah dari rumah ke dalam hutan turut dikesan. 

Selepas mengekori kesan darah tersebut, polis menemui mayat wanita bernama Usamani, 36, dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel.

Sebilah parang pemotong rumput dan cangkul turut ditemui berhampiran mayat mangsa.

Selepas melakukan pembunuhan itu, suami mangsa, Teeraphan, 33, cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta sebelum kembali ke rumahnya untuk mengambil barang.

Dia bagaimanapun ditahan oleh polis yang sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Teeraphan mengaku bersalah membunuh isterinya. Menurutnya, pergaduhan mereka bermula selepas dia mendapati isterinya berbual dengan lelaki lain menerusi telefon semasa memasak.

Dia turut mengaku memukul isterinya menggunakan lesung batu sehingga jatuh ke lantai sebelum menikam kepala mangsa beberapa kali menggunakan alat tajam.

Dia kemudian mengheret mayat isterinya keluar rumah dan meninggalkannya di dalam hutan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI