fbpx

Suami buntu isteri ‘selera tinggi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki buntu apabila isterinya yang ‘berselera tinggi’ berterusan mendesak untuk hidup seperti orang kaya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad, lelaki tersebut sehinggakan terpaksa meminjam wang daripada adik-beradik bagi memenuhi kehendak isterinya itu.

“Macam mana nak komunikasi dengan isteri yang seleranya tinggi? Sebagai suami, jadi tanggungjawab saya untuk sediakan rumah, makan minum, pakaian dan beberapa lagi yang lain.

“Contohnya rumah, saya hanya mampu sewa rumah flat RM600 sebulan. Tapi isteri tidak setuju, malu dan penat jadi susah katanya. Dia minta saya sewa rumah dua tingkat yang bulanannya RM2000. Demi jaga hatinya saya turutkan.

“Tapi kini jadi beban kepada saya. Hampir setiap bulan saya terpaksa meminjam adik-beradik,” kongsi lelaki tersebut.

Jelasnya lagi, dia turut memberikan nafkah bulanan sebanyak RM500, namun ia masih tidak mencukupi bagi isterinya.

“Akhir-akhir ini, dia kerap mengungkit kerana saya tidak dapat sediakan makanan dan minuman sedap, pakaian yang mahal untuknya.

“Saya bagi nafkah bulanan RM500 untuknya. Gaji saya hanya RM4000 sebulan dan ada anak tiga orang. Saya buntu apa yang saya perlu buat. Saya sayangkan perkahwinan kami,” soalnya.

Perkongsian tersebut turut menerima respons kurang senang orang ramai.

“Kalau selera tinggi, kerja la, main minta-minta ja,” ujar Balqis Hadi.

“Tegaslah. Cakap masuk banyak mana. Silap pilih isteri ni,” kata Ibunya Aqil.

“Isteri lupa daratan ni susah juga. Nak berlumba dengan kawan kot. Ramai juga perempuan macam ni. Kawan bawa Honda dia nak bawak BMW tapi tak cermin diri sendiri pendapatan isi rumah berapa,” komen seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI