fbpx

PPj banteras penjaja warga asing tanpa lesen, RM20,000 kompaun dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguatkuasa PPj menyita motosikal penjaja warga asing yang berniaga tanpa lesen sah di Lebuh Persiaran Timur di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) sudah mengeluarkan 164 kompaun dan menyita 16 kenderaan penjaja warga asing yang berniaga tanpa lesen sah di sekitar pusat pentadbiran kerajaan di sini.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat PPj, Norzita Abdul Razak berkata, jumlah denda dan kompaun itu dikeluarkan bagi tempoh antara Januari hingga semalam membabitkan RM20,000 nilai kompaun.

Beliau berkata, pihaknya mendapati, penjaja warga asing ini kebanyakannya bermotosikal dan dikesan berniaga di sekitar kawasan pembinaan terutama di sepanjang Lebuh Persiaran Timur.

“Jika dilihat secara keseluruhan, kegiatan penjaja warga asing adalah terkawal kerana pemantauan dan penguatkuasaan serta tindakan-tindakan awal telah dilaksanakan oleh PPj secara berterusan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, PPj juga mengenakan kos bagi setiap kesalahan mengikut kes dimana tindakan kos memindah sebanyak RM1,600 dan kos simpan pula sebanyak RM200. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI