fbpx

Pengawal keselamatan mengaku cabul, pukul anak tiri kembar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pengawal keselamatan mengaku bersalah di atas lapan pertuduhan melakukan perbuatan amang seksual dan memukul anak tirinya kanak-kanak itu, dalam perbicaraan di Mahkamah Majestret Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas sembilan termasuk pertuduhan melakukan perbuatan amang seksual dan pukul terhadap anak tiri kembarnya sejak tahun 2020 hingga awal bulan ini.

Tertuduh yang berusia 47 tahun itu membuat pengakuan terhadap kesemua pertuduhan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman dan Majistret A. Sharmini.

Berdasarkan lapan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan amang seksual terhadap mangsa sejak 2020 hingga 1 Ogos tahun ini, iaitu semenjak mangsa berusia 10 hingga 13 tahun.

Atas perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun serta sebatan.

Tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara lima tahun serta sebat tidak kurang daripada dua sebatan.

Bagi satu lagi pertuduhan, tertuduh didakwa telah memukul mangsa menggunakan tangan, kaki, dan tali pinggang sejak 2020 hingga Jun tahun ini.

Atas perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang mambawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau boleh denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kedua-dua anak tirinya yang kini berusia 13 tahun di sebuah rumah di Bandar Uda Utama, Taman Perling Johor Bahru.

Bagi lapan pertuduhan cabul, mahkamah menetapkan 21 Ogos ini untuk penyediaan fakta kes serta tarikh jatuh hukum.

Manakala bagi kes pukul, mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara 10 hari dan denda RM1,000 yang mana jika gagal akan dipenjara selama sebulan.

Kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin dan Shamira Mohd. Luthfi Ismail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI