fbpx

Mohd. Nasuruddin mula tugas Menteri Besar Kelantan ke-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin (kanan) bersama Mohd. Fadzli (kiri) mengimbas ibu jari pada mesin perakam waktu sebagai simbolik melaporkan diri di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED/KOSMO!

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan yang ke-19, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud melapor diri untuk memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Beliau tiba pada di Kompleks Kota Darulnaim dan mengimbas ibu jari pada mesin perakam waktu sebagai simbolik melaporkan diri di pejabatnya kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Mohd. Nassuruddin turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan kakitangan Pejabat Menteri Besar sebelum memulakan tugas.

Selain itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohd. Fadzli Hassan turut melapor diri di Kompleks Kota Darulnaim pada waktu yang sama.

Semalam, Mohd. Nassuruddin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, itu selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Mohd. Fadzli melafaz sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan bersama sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI