fbpx

Mangsa buli pelajar sekolah trauma, masih jalani rawatan kanser limfoma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wee Tse (kanan) bertanyakan sesuatu kepada mangsa buli ketika mengunjungi kediaman keluarganya di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Mangsa buli sekumpulan pelajar di Taman Bestari Indah di sini yang tular dalam media sosial beberapa hari lalu masih lagi dalam keadaan trauma.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse ketika melawat pelajar Tingkatan Tiga yang dikenali sebagai Ikbal di kediaman keluarga mangsa.

“Pagi tadi saya melawat adik Iqbal mangsa buli dipukul sekumpulan pelajar di kawasan Taman Permainan di Taman Bestari Indah yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

“Saya nyatakan rasa simpati atas ujian yang menimpa ke atas adik Iqbal. Turut menyerahkan sumbangan kepada ibubapa adik Iqbal sebagai tanda prihatin,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wee Tse berkata, pihaknya tiada kompromi ke atas perbuatan buli dan gangsterime selain memaklumkan tindakan yang sangat tegas wajar diambil ke atas mereka yang terlibat.

Ujarnya, dalam masa terdekat, pejabatnya dan pihak sekolah dengan kerjasama pihak polis akan menganjurkan program kempen kesedaran dan sesi kaunseling sebagai salah satu usaha membendung gejala buli.

“Saya nasihatkannya buat ‘X-ray’ bagi mengetahui keadaan tubuhnya. Tubuhnya terdapat kesan lebam dan dia juga nampak agak lemah. Saya juga dimaklumkan keluarganya, mangsa masih lagi menjalani rawatan susulan kanser limfoma yang dihadapinya,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan seramai tujuh remaja termasuk seorang pelajar warga asing berusia 14 hingga 17 tahun ditahan reman selama dua hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes pergaduhan terbabit.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, punca pergaduhan tercetus apabila salah seorang daripada suspek tidak berpuas hati berkawan dengan teman wanitanya.

Raub berkata, kertas siasatan berhubung kejadian itu telah lengkap dan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan lanjut hari ini.

Tambahnya kesemua suspek dibebaskan dengan jaminan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI