PENYANYI yang meledak selepas tular nyanyiannya dipuji juri America’s Got Talent, Puteri Ariani kini semakin aktif dalam industri hiburan Indonesia.
Gadis berusia 17 tahun itu memberitahu, dia menitikberatkan soal kepentingan merawat kulit wajah berikutan sering tampil dalam televisyen dan bertemu khalayak.
Berkongsi cara penjagaan wajah, Putri melakukan rawatan kulit di rumah bersama ibunya.
“Kulit wajah yang bersih kini menjadi sebahagian tuntutan kerja saya. Sebagai remaja saya juga alami masalah hormon dan banyak jerawat.
“Saya jarang ke klinik tapi selalu buat buat rawatan wajah di rumah sahaja dengan mama,” ujarnya.
Berkongsi tentang rezekinya selepas menjadi fenomena, Putri mengakui sentiasa bersyukur dan menikmati saat manis yang sedang dilaluinya dan tidak henti berusaha menjadi lebih baik.