fbpx

Lelaki culik bayi bekas kekasih di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menculik bayi baru lahir di sebuah hospital di Nakhon Pathom baru-baru ini. - Foto Sanook

BANGKOK – Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana menculik bayi berusia dua hari dari sebuah hospital di wilayah Nakhon Pathom baru-baru ini, dengan niat untuk membesarkannya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Ketika ditahan di rumahnya, suspek mengaku tidak bersalah, namun memohon maaf daripada keluarga bayi tersebut.

Menurut suspek, dia meninggalkan rumah pada jam 3 pagi (waktu tempatan), 13 Ogos lalu dan menyasarkan hospital secara rawak dengan harapan dapat menemui anak bekas teman wanitanya.

Wanita itu dikatakan telah berkahwin dengan orang lain dan baru melahirkan anak.

Apabila melihat bayi tersebut di hospital, suspek memutuskan untuk membawanya keluar dan membesarkannya serta mendakwa, dia tidak mempunyai niat jahat.

Dia turut menegaskan tidak mendera kanak-kanak itu.

Menurut suspek, lebam pada bayi tersebut mungkin berlaku apabila dia memasukkannya ke dalam beg tangan dan menggantungnya pada motosikal semasa dalam perjalanan.

Suspek dilaporkan menyesali tindakannya dan meminta maaf daripada ibu dan bapa bayi tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI