fbpx

Kumpulan wanita berbikini di tengah Seoul dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gadis-gadis yang memakai bikini mencetuskan kekecohan di Seoul pada Jumaat lalu. - Foto The Korean Herald

SEOUL – Insiden beberapa wanita memakai bikini di pusat bandar Seoul, Korea Selatan telah mencetuskan kecaman di internet dengan pihak berkuasa mempertimbangkan untuk mendakwa mereka kerana melakukan perbuatan tidak senonoh, lapor laman berita The Korean Herald semalam.

Jumaat lalu, seorang gadis yang menunggang skuter elektrik dan memakai bikini telah dikesan di daerah Hongdae manakala gambar yang dirakam tersebar di media sosial dengan pantas.

Pada hari yang sama, satu laporan polis dibuat mengenai empat motosikal yang membawa gadis berbikini di Gangnam-gu.

Polis kini sedang mempertimbangkan untuk menggunapakai kesalahan melakukan perbuatan tidak senonoh di bawah Akta Kesalahan Kecil terhadap gadis-gadis terlibat.

Mereka yang terlibat dalam insiden itu memberitahu polis bahawa ia dilakukan untuk tujuan promosi majalah.

Insiden itu menjadi perbincangan ramai dengan ada dalam kalangan netizen menyebelahi gadis-gadis itu dengan berkata: “Memakai bikini di jalanan bukan satu jenayah.” – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI