fbpx

KPDN cadang wujud inisiatif Amanah Saham Rahmah, bantu miskin tegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah.

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bercadang untuk mewujudkan inisiatif Amanah Saham Rahmah, bagi membantu mengatasi masalah miskin tegar negara.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, berkata, pihak kementerian sedang mengkaji dan meneliti model tersebut sebelum disarankan kepada kerajaan untuk pelaksanaannya.

“Rahmah memang sinonim dengan kementerian, jadi kita sedang teliti bagaimana kita boleh laburkan wang kerajaan menerusi satu akaun ke pertubuhan atau syarikat tertentu.

“Dividen yang diperoleh kemudiannya boleh diberi kepada keluarga – keluarga miskin tegar supaya mereka mendapat pendapatan bulanan yang tetap,” katanya ketika hadir sebagai tetamu jemputan di sebuah program televisyen, pagi tadi.

Beliau menjelaskan, model tersebut dijangka mampu membantu membanteras miskin tegar menerusi pulangan dana yang dilaburkan kerajaan.

“Contoh, kerajaan letak RM100,000 di Permodalan Nasional Berhad (PNB), wang itu akan tetap jadi milik kerajaan sebab bukan milik individu, manakala dividen diberikan kepada keluarga miskin tegar.

“Inilah model yang kita sedang kaji sebab kalau kita bagi bantuan sosial setiap bulan ia akan ‘hangus’. Apabila keluarga berkenaan tidak lagi memerlukan, dividen tersebut boleh bantu keluarga lain pula di masa hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI