fbpx

Kalbar, si tikus belanda tular sudah tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Kalbar di TikTok pemiliknya.

PETALING JAYA – Seekor tikus belanda atau ‘guinea pig’ yang pernah tular di media sosial sebelum ini mati ketika pemiliknya sedang membuat siaran langsung di TikTok.

Kematian tikus belanda tersebut yang dinamakan sebagai Kalbar turut menyentuh hati orang ramai di TikTok.

Menurut perkongsian di TikTok pemiliknya dikenali sebagai @at_bie, difahamkan, Kalbar sudah mula sakit kebelakangan ini dan usaha untuk merawatnya juga menemui jalan buntu apabila kesihatannya semakin merosot.

“Minta maaf dah tak boleh nak cuba selamatkan Kalbar, saya dah cuba pelbagai jenis, saya dah pergi vet merata-rata. Saya tak tidur malam ini sebabkan saya tengok dia, rasa macam tak sedap hati.

“Akhirnya dia dah tak boleh berdiri,” kata at_bie sebelum Kalbar tiba-tiba mati ketika di bahunya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengikut turut bersedih atas kematian tikus belanda itu dan mendoakan agar pemiliknya terus tabah.

“Terima kasih Kalbar kerana menghiburkan kami. Rehat ya sayang..nanti tunggu mak dekat sana okey,” kata Ezaa.

“Menangis aku, dia penghibur aku hilang stres setiap hari tengok dia,” kata Miaadrna.

“Sedihnya, Kalbar kesayangan semua dah tak ada,” kata Aelma.

“Semoga kuat, lepas ini dah tak nampak Kalbar ‘Live’ duduk diam depan kamera,” kata Fiona.

“Semoga Allah berikan kekuatan buat awak. Terima kasih Kalbar dah hiburkan kami,” kata Amie.

Terdahulu, Kalbar sebelum ini pernah tular di media sosial apabila videonya bersama at_bie yang terkejut mendengar bunyi mercun tular sehingga mendapat perhatian netizen dari luar negara.

Rakaman video tersebut sebelum ini turut mendapat lebih 6 juta tanda suka di TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI