fbpx

Isu Anwar jawab soalan pelajar punca undi India beralih kepada PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivarraajh

PETALING JAYA – Video tular Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan seorang pelajar di sebuah kolej matrikulasi disifatkan antara punca sokongan pengundi masyakarat India untuk Pakatan Harapan (PH) beralih kepada Perikatan Nasional (PN).

Senator Datuk Sivarraajh Chandran berkata, berdasarkan analisa pakar, sokongan kepada PH menurun sebanyak 15 peratus, sebaliknya meningkat sebanyak 21 peratus kepada PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tempoh hari.

Bekas Naib Presiden MIC itu berkata, jawapan Anwar yang seolah-olah mengambil mudah sokongan masyarakat India tidak mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam membantu golongan tersebut.

“Mengambil kira sokongan majoriti masyarakat India kepada PH dan kedudukannya sebagai blok penentu, saya berfikiran sudah tiba masanya kita mulakan pemerkasaan dengan pelaksanaan janji-janji yang diketengahkan Kerajaan Perpaduan.

“Antara lain isu yang boleh diberi perhatian segera adalah peluang penempatan pendidikan di institusi pengajian tinggi awam dan sistem sokongan usahawan masyarakat India dalam bentuk dasar kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sivarraajh, isu yang dibangkitkan bukanlah suatu yang rumit selain tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dan hanya sekadar perkara asas yang memerlukan hala tuju yang jelas.

“Saya yakin, pola sokongan ini tidak mungkin akan terus beralih, namun kerajaan juga tidak boleh mengambil agenda masyarakat India.

“Kenyataan Anwar yang mengakui kedudukan masyarakat India sebagai yang termiskin di semenanjung perlu dijadikan panduan dalam pembetukan dasar,” jelasnya.

PRN ke-15 menyaksikan gabungan PH-Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan pentadbiran di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sementara PN terus menguasai Kedah, Terengganu dan Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI