PENYANYI dan pelakon Bunga Citra Lestari menjadi bahan bualan netizen apabila foto-fotonya berhibur di sebuah kelab malam tersebar dalam laman sosial.
Menerusi foto yang tular itu, Bunga atau mesra disapa BCL kelihatan asyik menghabiskan masa bersama seorang lelaki yang didakwa kekasihnya, Tiko Aryawardhana.
Bagaimanapun, aksi mesra pasangan itu sambil berpelukan ketika sedang asyik menari menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Balu Allahyarham Ashraf Sinclair itu dianggap kurang sopan untuk melakukan aksi-aksi sedemikian dan seharusnya menjadi contoh yang baik buat anaknya, Noah.
Sehingga kini, BCL tidak pernah mengesahkan hubungan percintaannya dengan lelaki terbabit biarpun sudah sering muncul bersama secara umum dan sebuah majlis bersama keluarga.