fbpx

Bangunan komersial Kuchai Lama ditutup sehingga laporan selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amihizam ketika sidang akhbar di bangunan komersial, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR – Bangunan komersial empat tingkat yang runtuh di Kuchai Lama, di sini, malam tadi akan ditutup sementara waktu sehingga laporan lengkap pakar perunding bangunan selesai.

Kejadian bangunan runtuh berkenaan menghempap sebanyak 10 kenderaan yang berada di tempat parkir Blok A, Bangunan Sri Desa Kuchai di Kuchai Entrepreneurs Park, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 10.15 malam tadi.

Jelasnya, pihaknya segera mengarahkan penutupan kawasan dan mengosongkan bangunan terbabit yang melibatkan 45 unit.

“Kita telah memastikan tiada orang keluar masuk di sekitar kawasan bencana sejak malam tadi. Setakat pukul 10 pagi ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd. telah hadir untuk memeriksa bangunan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati tingkat empat bangunan ini agak tidak selamat. Kita akan benarkan pemilik yang berada di tingkat satu, dua dan tiga untuk mengalihkan barang penting secara berperingkat,” ujarnya dalam sidang akhbar di sini tengah hari.

Menurut Amihizam, Badan Pengurusan Bersama (JMB) bangunan perlu melantik konsultan untuk menilai semula keselamatan bangunan sama ada selamat untuk diduduki atau tidak.

“Sisa bangunan dikhuatiri akan jatuh jadi saya nasihatkan orang ramai untuk menjauhi bangunan.

“Sekiranya laporan perunding bebas menyatakan bangunan ini selamat dan boleh dibaiki barulah pihak pengurusan bangunan dibenarkan mengalihkan sisa bangunan,” katanya.

Sementara itu, anggaran nilai kerugian keseluruhan masih belum dikenal pasti setakat ini.

“Saya minta 10 pemilik kenderaan yang dihempap malam tadi hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI