BEIJING – Seorang wanita di China tanpa segan silu menggunakan sampel tandas duduk yang dipamerkan untuk ‘melepaskan hajatnya’ di luar sebuah kedai di wilayah Shanxi, utara China baru-baru ini, lapor portal berita MSN.
Tidak diketahui sama ada dia membuang air kecil atau besar menggunakan tandas tersebut. Rakaman sistem televisyen litar tertutup menunjukkan pelaku menanggalkan seluarnya dan hampir duduk di atas mangkuk tandas tersebut.
Selepas melepaskan hajat, dia menarik semula seluarnya ke atas pinggang dan segera menutup tudung mangkuk tandas tersebut. Wanita itu kemudian beredar seolah-olah tiada apa-apa berlaku.
Rakaman video wanita tersebut dimuat naik di laman perkongsian video tempatan, Douyin pada Sabtu lalu. – Agensi