TOKYO – Seorang wanita Thailand menjadi sensasi internet apabila rakaman video menunjukkan dia menari dalam sebuah gerabak kereta api di Jepun mendapat sambutan hangat, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Wanita Thailand itu meneruskan tariannya walaupun menerima pandangan tajam penumpang lain. Walaupun popular dia juga mengundang banyak komen negatif di internet.
Selain menari di dalam tren, wanita itu juga tidak memakai pelitup muka sekali gus dianggap melanggar keselamatan awam di Jepun.
Dia bagaimanapun mempertahankan aksinya dengan berkata, perbuatan itu bukan satu jenayah dan menegaskan bahawa rakyat Jepun agak terbuka mengenainya.
Dia juga membalas kritikan dan mempersoalkan sama ada netizen yang mengkritiknya pernah berkunjung ke Jepun atau sebaliknya.
Baru-baru ini, media Jepun menyiarkan cerita mengenai wanita tersebut dengan menyatakan bahawa tindakannya mendapat kritikan daripada media sosial Thailand.
Pelbagai komen daripada netizen Jepun turut meluahkan rasa kecewa terhadap tarian tren itu. – Agensi