fbpx

Pokok berusia 100 tahun boleh tumbang bila-bila masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fazli menunjukkan dahan dan ranting pokok mangga berusia hampir 100 tahun di Pantai Pontian, Rompin semalam.

ROMPIN – Sebatang pokok mangga dianggarkan berusia 100 tahun yang telah mati di Pantai Pontian di sini bagaikan jerangkap samar yang bukan sahaja boleh merosakkan harta benda, malah boleh meragut nyawa.

Tinjauan Kosmo! mendapati, pokok setinggi kira-kira 10 meter yang berada antara sebuah surau dan kedai makan itu sudah reput dan tidak mempu­nyai daun.

Dengan keadaan dahan dan ranting yang berada di atas surau dan kedai makan, ia dilihat boleh tumbang dan merosakkan dua premis berkenaan.

Seorang penduduk, Abdul Rahim Mohamad, 53, berkata, pokok itu mati awal Mac lalu menyebabkan penduduk bimbang keselamatan mereka.

“Dahan pokok ada yang te­lah jatuh dan merosakkan pagar surau dan banyak juga yang jatuh di atas kedai makan itu.

“Dengan lokasi di kawasan pantai yang sering dikunjungi orang ramai, kami risau ia akan menimpa orang ramai terutama kanak-kanak yang lalu,” katanya di sini semalam.

Tambahnya, baru-baru ini seorang penduduk yang kebe­tulan lalu di situ hampir ditimpa dahan yang jatuh.

Menurutnya, dia telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkuasa, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

Katanya, dia dan beberapa penduduk tidak mempunyai peralatan dan kepakaran bagi menebang pokok berkenaan dan mereka juga tidak mampu mengupah orang untuk berbuat demikian.

“Kami merayu pihak berkuasa dapat mengambil perhatian segera, jangan sampai berlaku tragedi baru hendak ambil tindakan,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai makan, Mohd. Fazli Mohd Tair, 41, berkata, dia yang telah sembilan tahun berniaga di situ sememangnya hidup dalam kebimbangan kalau-kalau pokok itu tumbang menimpa kedai makannya.

Katanya, keadaan itu turut menjejaskan perniagaannya apabila pelanggan yang datang juga bimbang dengan keselamatan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI