fbpx

Pembebasan Muhyiddin sudah dijangka, pertuduhan hanya berbaur politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin.

PETALING JAYA – Rakan komponen Perikatan Nasional (PN), Pas bersyukur dan mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi yang telah melepas dan membebaskan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia membabitkan empat pertuduhan guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tersebut telah dijangka kerana yakin bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas Muhyiddin merupakan pertuduhan terpilih dan berbaur politik.

“Kami sebagai sekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di dalam Perikatan Nasional (PN) sememangnya pasti bahawa (tuduhan itu) ia satu perancangan untuk melemahkan PN.

“Namun, saya tidak nampak ia akan menjejaskan prestasi kita, malah telah menambahkan lagi sokongan kepada kita dalam pilihanraya negeri di enam buah negeri Sabtu lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama katanya, Pas menentang sekeras-kerasnya penyalahgunaan agensi penguat kuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik.

Jelasnya, pendakwaan ke atas Muhyiddin adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang.

“Pas turut yakin bahawa tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin itu juga adalah bagi menutup aib dan melencongkan perhatian rakyat dari isu yang berlaku di dalam parti UMNO yang menjadi sebahagian dari Kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pas berdoa semoga Tan Sri Muhyiddin akan selamat dan dipelihara oleh Allah,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI