fbpx

Pekerja syarikat logistik maut terseret di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL WAHI meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan dalaman.

ALOR GAJAH – Seorang pekerja syarikat logistik maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas sendiri lalu terseret di Kilometer 201.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 itu, mangsa Abdul Wahi Azim Abdul Razak, 25, meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dalam perjalanan dari arah Umbai menuju ke Sepang, Selangor.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang dia tunggang hilang kawalan lalu terbabas ke lorong kecemasan.

“Mangsa telah tercampak dan terseret sejauh lima meter ke longkang besi pembahagi jalan,”katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Ujarnya, akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan dalaman dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Hasil siasatan awal di lokasi menemui kesan calar di lorong kecemasan, manakala tayar hadapan motosikal turut bocor serta tempat duduk sebelah kiri juga calar.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI