PETALING JAYA – Selama 27 tahun, OGAWA telah muncul sebagai peneraju dalam dunia kesihatan dan kesejahteraan.
Menonjol sebagai jenama kesihatan pintar terkemuka, OGAWA berpegang teguh kepada falsafahnya ‘Melegakan Keletihan, Menjaga Kesihatan’.
Dedikasi murni ini telah mengukuhkan posisi OGAWA sebagai rujukan kesihatan bagi lebih daripada 20 juta isi rumah elit secara global.
Sebagai inovator industri, OGAWA berazam untuk menggabungkan ciptaan terbaru dengan solusi yang berfokus kepada pengguna, menggalakkan pendekatan hidup yang lebih sihat dan makmur.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia, Datuk Lim Mee Ling dalam refleksinya atas perjalanan OGAWA selama 27 tahun berkata, keberlangsungan dalam bisnes tidak semata-mata tentang keuntungan.
“Hal ini melibatkan pemahaman pasaran secara mendalam dan pada masa yang sama, menjalin hubungan yang erat dengan pelanggan.
“Di OGAWA, kami menumpukan perhatian kepada keperluan kesihatan setiap pelanggan dan mengesyorkan solusi yang terbaik untuk mereka,” katanya.
Sebagai langkah strategik untuk memenuhi keperluan pasaran, OGAWA telah melancarkan ‘ogawa by OGAWA’ iaitu sebuah sub-jenama yang ditujukan khas untuk generasi muda yang memperkenalkan mereka kepada produk-produk kesihatan yang berkualiti tinggi.
Outlet ‘ogawa by OGAWA’ yang pertama telah ditubuhkan di IOI City Mall, Putrajaya dan ini menandakan OGAWA telah bersiap sedia untuk merangkul segmen pasaran yang sedang berkembang dengan pesat.
Sempena ulang tahun OGAWA yang ke-27, OGAWA MAESTRO yang dikuasakan oleh sistem kawalan AI (kecerdasan buatan) generasi seterusnya yang dipanggil OVERSEER telah diperkenalkan.
Kerusi urut inovatif ini direka untuk menyediakan pengalaman urut yang mendalam dan sempurna dengan menggabungkan sentuhan, penglihatan, pendengaran, dan deria bau, difasilitasi oleh OVERSEER.
Selain itu, projek penyelidikan bersama Universiti Malaya telah menunjukkan bahawa Program Auto OGAWA M6 Deep Tissue membawa kesan peningkatan sebanyak 81.32 peratus dalam peredaran darah.
Seterusnya, Program Auto OGAWA M6 Sweet Dream mencatatkan peningkatan yang mengagumkan sebanyak 88.73 peratus dalam kualiti tidur dan kecekapan.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan OGAWA yang setia, OGAWA sedang menjalankan peraduan ‘Spin & Win’ dengan hadiah-hadiah lumayan sehingga RM270,000 untuk dimenangi.
Sertai peraduan ‘Spin & Win’ di lokasi OGAWA yang tertentu dan anda berpeluang untuk memenangi produk-produk OGAWA atau baucer tunai bernilai RM2,700.
Promosi menarik ini berlangsung sehingga 20 Ogos 2023.
Inspirasi pernamaan OGAWA dikait rapat dengan istilah bahasa Jepun iaitu ‘aliran’ yang seolah-olah bermula daripada sungai yang kecil dan seterusnya beralir ke lautan yang besar.
Mengulas mengenai perkara ini, Mee Ling menegaskan, dalam era pasca-pandemik, kesihatan telah menjadi keutamaan yang tidak dapat dinafikan dan OGAWA akan sentiasa memperkenalkan produk-produk yang berteknologi tinggi bagi meningkatkan mutu kesihatan masyarakat.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi ulang tahun OGAWA yang ke-27 dan peluang kerjasama, sila lawati laman web rasmi mereka atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram. – KOSMO! ONLINE