fbpx

Muhyiddin bebas, 3 lagi pertuduhan AMLA harus gugur – Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kiri) dan Azmin.

PETALING JAYA – Tiga lagi pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) yang dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin harus digugurkan.

Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Azli berkata, ia susulan empat pertuduhan predikat ke atas Presiden Bersatu itu telah dibatalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

“Oleh kerana kesalahan utama telah dibatalkan, maka tiga pertuduhan AMLA juga tidak boleh berdiri secara sendiri dan harus digugurkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi membebaskan Muhyiddin selepas Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan empat pertuduhan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM adalah cacat dan dan tidak sah di sisi undang-undang.

Azmin berkata, kejayaan hari ini membuktikan ada ‘tangan’ yang berniat jahat untuk mencalarkan imej dan kredibiliti Bersatu khususnya Muhyiddin supaya rakyat menolak PN.

“Tapi apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah sebaliknya. PN telah menang besar di Terengganu, Kelantan, Kedah dan menang dengan jumlah yang signifikan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

“PN bertegas dari awal bahawa sekiranya kerajaan berpegang kepada prinsip ‘rule of law’ (peraturan undang-undang, Muhyiddin tidak akan dituduh dalam mahkamah,” ujarnya.

Justeru, tambah Azmin, PN yakin bahawa Muhyiddin tidak pernah terlibat dalam amalan salah guna kuasa, malahan beliau tuntas menentang amalan rasuah sehingga dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI