fbpx

Motif batik semarakkan bulan kemerdekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reka corak batik membuatkan penampilan lebih tersendiri di samping menyuburkan semangat menghargai warisan.

BATIK merupakan antara seni warisan negara yang cukup terkenal bukan sahaja di rantau Asia, malah di seluruh dunia.

Rekaan klasik dan sifatnya yang versatil menjadikan batik sesuai dipakai ke mana sahaja, sama ada sebagai busana harian mahupun untuk menghadiri acara formal.

Bersempena sambutan hari kemerdekaan negara yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun, jenama fesyen tempatan dilihat mengambil peluang pada bulan itu untuk mengangkat kembali fesyen yang mengetengahkan keaslian warisan budaya.

Justeru, sempena menyambut bulan kemerdekaan negara tahun ini dan juga ulang tahun ke-13, jenama fesyen yang diasaskan oleh wanita untuk wanita, Love, Bonito menjalin kerjasama dengan satu lagi jenama busana batik tempatan iaitu KANOE dalam menghasilkan seleksi busana bertemakan batik yang diberikan sentuhan lebih kontemporari dan moden.

Koleksi yang dinamakan sebagai Best of Best itu menampilkan rekaan signatur jenama Love, Bonito yang anggun dan elegan, namun didatangkan dalam rekaan batik yang menjadi signatur jenama KANOE.

Naib Presiden Reka Bentuk dan Pembangunan Love, Bonito, Tingzhi Liu berkata, koleksi tersebut adalah sebagai meraikan wanita dan juga rekaan batik yang sememangnya melambangkan imej wanita Asia.

“Kami teruja apabila melihat terjemahan gaya ini dalam komuniti peminat jenama Love, Bonito.

“Gabungan antara seni dan juga budaya menjadikan kami berjaya mencipta pilihan gaya yang paling ikonik untuk wanita Asia,” katanya.

Pelbagai corak batik boleh didapati pada pelbagai jenis pakaian yang ditawarkan sempena menyambut bulan kemerdekaan.

Selain daripada gaya, Love, Bonito juga cukup terkenal sebagai satu label fesyen yang amat menitikberatkan keselesaan pemakai.

Selepas 13 tahun bertapak dalam industri fesyen, label itu terus komited dalam menghasilkan rekaan sesuai buat wanita Asia yang gemarkan gaya moden sama ada ketika bersantai atau ke pejabat.

Selain mengetengahkan rekaan batik sempena bulan Ogos ini, Love, Bonito turut meraikan wanita menerusi koleksi sama dengan memperkenalkan beberapa pakaian ikoniknya dalam rona magenta.

Rona magenta disifatkan sebagai lambang keberanian dan juga semangat kaum wanita yang kemudiannya diterjemahkan bersama reka corak batik yang menjadikan rekaan daripada koleksi ini sesuai buat wanita moden.

Jelas Liu, antara pilihan busana yang ditawarkan adalah blaus, seluar, skirt dan juga pakaian one-piece yang sesuai digayakan ke mana sahaja.

Seluar Pvara Regular Flare Pants yang merupakan antara busana popular Love, Bonito yang didatangkan dalam rona magenta mampu memberikan ilusi kaki lebih panjang.

Kaleni Padded Plunge Maxi Dress pula adalah rekaan dres labuh dengan potongan leher yang cantik dan siluet yang cukup feminin.

Mailea Boat Neck Crop Top pula adalah busana ringkas yang sesuai digayakan ke mana sahaja.

Koleksi tersebut boleh didapati menerusi laman web Love, Bonito pada harga antara RM105 sehingga RM219.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI