fbpx

Malaysia berhasrat jadi hab eksport ayam halal, pertanian ke Uzbeksitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (kanan) ketika menerima kunjungan Duta Luar Republik Uzbekistan, Ravshan Usmanov di Wisma Tani, Putrajaya hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia bercadang untuk menjadi hab mengeksport daging ayam halal dan hasil pertanian ke Uzbekistan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hasrat tersebut disuarakan beliau ketika menerima kunjungan Duta Luar Republik Uzbekistan, Ravshan Usmanov di Wisma Tani, Putrajaya hari ini.

Ini kerana katanya, pada tahun 2022, nilai dagangan hasil pertanian antara Malaysia dan Uzbekistan ialah RM227.52 juta dengan kenaikan 42.45 peratus berbanding RM159.7 juta pada 2021.

Jelasnya, ia menunjukkan potensi yang sangat besar boleh diterokai antara Malaysia dan Uzbekistan dalam sektor pertanian.

“Malaysia turut berminat untuk meneroka potensi baharu input pertanian dari Uzbekistan.

“Saya berkeyakinan penuh, kerjasama ini boleh membantu mengurangkan kos operasi bagi hasil pertanian negara ketika ini,”katanya di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menambah potensi kerjasama dalam sektor pertanian di antara Malaysia dan Republik Uzbekistan cukup besar.

“Saya optimis bahawa kita boleh bekerjasama rapat untuk meneroka peluang ini,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI