fbpx

Kerajaan teruskan projek di negeri pembangkang – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika berucap pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Digital Siber dan Keselamatan Asia (CyberDSA) 2023 di KLCC, hari ini. -Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan akan meneruskan bantuan atau projek dilaksanakan di negeri yang ditabdir oleh pembangkang.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu tidak menjadi masalah, namun akan diteliti dari masa ke semasa.

“Bagi pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), usaha kami termasuk di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mewujudkan satu Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) kita akan teruskan dan ia tidak menjadi masalah.

“Saya percaya, kalau kita lihat apa yang pernah disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang kita akan teliti kerana kita juga mahukan hubungan yang baik, rapatkan silaturrahim dan kukuhkan ukhuwah antara kerajaan negeri dan pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Digital Siber dan Keselamatan Asia (CyberDSA) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dilaporkan mahu membuka lembaran baharu antara Kedah dan Kerajaan Persekutuan.

Muhammad Sanusi berharap pimpinan Kerajaan Perpaduan juga tidak akan menyimpan apa-apa perasaan di dalam hati terutamanya berkaitan hal politik sebelum ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kedudukan kerusi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Parlimen, Fahmi berkata, pihaknya masih belum menerima perkembangan baharu.

“(Syed Saddiq) telah sebut sebelum ini. Saya lihat belum ada perubahan kepada kenyataan beliau. Jadi kita berpegang kepada apa yang pernah disebutkan sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq dilaporkan berkata, walaupun bersuara menentang pentadbiran Anwar dalam beberapa isu, beliau masih menyokong Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI