fbpx

Kerajaan teliti keperluan Pegawai Perlindungan Data dalam organisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (dua, kanan) ketika melawat pameran (CyberDSA) 2023 di KLCC, hari ini.-Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan keperluan untuk mewujudkan jawatan Pegawai Perlindungan Data (PPD) dalam organisasi bagi memastikan maklumat sesebuah syarikat tidak terjejas.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu antara salah satu cadangan yang akan dibawa dalam pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.

Menurutnya, selain PPD, pindaan akta itu yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini atau selewatnya, Mac 2024 turut meliputi isu takrifan transaksi komersial termasuk pemprosesan data.

“Jadi, saya telah meminta Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) untuk mengadakan siri pertemuan dengan pemegang taruh untuk mendapatkan maklum balas sebelum kita bawa draf terakhir kepada Jemaah Menteri.

“Untuk jawatan PPD, perkara ini sedang dipertimbang dan berdasarkan apa yang disebut Pengerusi Lembaga Pengarah Cybersecurity Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkenaan masalah dari segi penjagaan data dalam organisasi.

“Mungkin ada keperluan untuk mewujudkan satu jawatan tetapi semua tertakhluk kepada proses saya sebutkan tadi,” katanya pada sidang akhbar Pameran Perkhidmatan Pertahanan Digital Siber dan Keselamatan Asia (CyberDSA) 2023 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, pihaknya akan menaik taraf JPDP sebagai pihak berkuasa berkanun yang menerajui perlindungan data peribadi.

Pada masa sama, Fahmi memberitahu bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber bakal dibentangkan di Parlimen akhir tahun ini untuk menangani ancaman siber selain menggalakkan tadbir urus yang proaktif.

Katanya, penyediaan RUU tersebut yang diuruskan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) kini berada di peringkat Jemaah Menteri.

“Sekarang dalam proses untuk dibawa kepada Jemaah Menteri, sebelum perincian RUU itu dapat kita jelaskan kepada khalayak umum.

“Proses sedang berjalan dan saya percaya, tak lama lagi NACSA akan dapat sampaikan apa yang terkandung dalam RUU itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI