fbpx

Jakim sahkan tiada buku promosi LGBT di pasaran negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan tiada buku yang mempromosikan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dijual di kedai-kedai buku tempatan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya menerima aduan berhubung video tular oleh Cordova Media berkenaan beberapa buku mendorong anak-anak agar terpengaruh dengan LGBT adalah merupakan video yang diambil di luar negara iaitu di Ireland.

Katanya, Jakim mengambil serius berkenaan sebarang usaha untuk mempromosi buku berkenaan dalam kalangan masyarakat di negara ini khususnya umat Islam.

“Pihak Jakim sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memantau sebarang terbitan bahan bercetak yang mempromosi LGBT.

“Buku-buku berkenaan boleh dianggap melanggar Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan dan kepentingan awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kandungan penerbitan buku yang cuba mempromosikan budaya homoseksual di Malaysia adalah melanggar sensitiviti agama, undang-undang serta budaya di negara ini.

Tegasnya, Jakim menasihatkan orang ramai khususnya golongan ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak serta tidak membeli bahan-bahan bacaan yang mempunyai unsur-unsur negatif bercanggah dengan ajaran Islam.

“Pemantauan dan pencegahan yang konsisten adalah amat penting bagi mengelakkan anak-anak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral yang boleh merosakkan masa depan mereka,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu rakaman video yang memaparkan kebimbangan seorang individu yang dipercayai di luar negara berhubung penerbitan buku panduan kepada kanak-kanak untuk menjadi generasi LGBT. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI