fbpx

Isu Triti Laut Sulawesi: Dakwaan ADUN Tungku bersifat fitnah, mengelirukan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad bercakap pada sidang akhbar berkenaan Zom Maritim di bawah Konvensyen Undang-Undang Laut 1982 di Wisma Putra, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Luar menyifatkan dakwaan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Assaffal Alian berhubung isu Triti Laut Sulawesi bersifat fitnah.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, wakil rakyat di Sabah itu diminta agar segera memperbetulkan kenyataan dibuatnya itu kerana ia jelas mengelirukan.

“Tolong hentikan, jangan kongsi kenyataan keliru bahkan sudah sampai kepada tahap fitnah menimbulkan gusar dan kebingungan masyarakat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 8 Ogos lalu, ADUN Parti Warisan Sabah itu mendakwa konon Kerajaan Persekutuan menyerahkan kawasan sempadan maritim dipertikaikan tersebut kepada pihak Indonesia.

Tohmahan berkenaan dibangkitkan Assaffal ketika persidangan Dewan Undangan Negeri yang membahaskan Rang Undang-undang Biodiversiti Sabah (Pindaan) 2023 minggu lalu.

Mengulas lanjut, Mohamad mengulangi pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah ditegaskannya ketika perbahasan di Dewan Rakyat pada 13 Jun lalu.

“Saya dari Sabah dan takkan rela menyerahkan hak negeri ini digadai, bahkan selagi saya berada di Wisma Putra, saya akan terus mempertahankan kepentingan Sabah,” ujarnya.

Beliau juga meminta Assaffal agar lebih bertanggungjawab termasuk meminta maaf atas kenyataannya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI