fbpx

IPT digesa bantu atasi masalah keterjaminan makanan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (dua kiri) bersama Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman (kiri) melawat ke booth pameran selepas Majlis Perasmian Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 di UPM. -Foto FARIZ RUSADIO

SERDANG – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggesa lebih banyak universiti terlibat dalam membantu mengatasi isu keterjaminan makanan yang kini menjadi masalah global.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, universiti di negara ini mempunyai banyak kepakaran dan penyelidikan yang boleh mengembangkan lagi sektor pertanian.

Pada masa sama katanya, KPT akan melihat dan merangka bagaimana untuk mengoptimumkan pelbagai Pusat Kecemerlangan (CoE) dan Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) yang ada di semua institusi pengajian tinggi (IPT).

“Kesemua pusat ini mesti bekerjasama dan menggabungkan kekuatan masing-masing untuk negara.

“Universiti tidak boleh berhenti sekadar menjadi tempat rujukan. Universiti mesti turut mengambil langkah untuk memacu dan memimpin perubahan merentas pagar kampus,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 di Universiti Purta Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khaled berkata, antara universiti yang dilihat mampu menjadi penyumbang kepada isu keterjaminan makanan ini adalah UPM.

Ini kerana katanya, Kerajaan pernah mengkhususkan UPM sebagai universiti pertanian yang dibangunkan dengan mandat, fokus dan harapan untuk memberi segala pencerahan serta membina kepakaran dalam pertanian.

“UPM merupakan universiti yang mampu melaksanakan isu besar ini (keterjaminan makanan) menerusi penyelidikan dan kajian ia akan menguat serta mengukuhkan sektor pertanian dalam negara.

“Ia bukan sahaja dapat mengatasi masalah ini, tetapi juga dapat melahirkan peluang serta pihak yang akan menceburkan diri dalam bidang pertanian,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI