PERJALANAN Kiara Advani dalam industri hiburan hingga meletakkan dirinya dalam senarai aktres Bollywood berpotensi besar kini hakikatnya tidak mudah.
Hampir sedekad mengukuhkan nama, pelakon berusia 32 tahun itu mengakui ibunya yang juga seorang pemuzik adalah individu terawal mengesan bakatnya.
Katanya, dia mencuba nasib dalam dunia lakonan lebih awal iaitu sekitar usia 18 tahun menerusi penggambaran sebuah produk untuk iklan.
Walaupun awalnya takut-takut, ibunya terus memberi galakan selain beberapa tahun selepas itu kerap menemaninya menjalani sesi uji bakat.