fbpx

Hujan lebat di lima negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri pagi ini.

Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca buruk diramal berlarutan sehingga pukul 1 tengah hari.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, dan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

“Cuaca buruk diramal di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik di Kedah.

“Di Sarawak, hujan lebat lebih tertumpu di daerah Sibu (Selangau), Kapit, Bintulu, Miri (Subis dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah hanya di Pedalaman (Sipitang),” katanya.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI