fbpx

Gua Kelam, Bukit Ayer ditutup susulan hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan limpahan arus deras dari dalam Gua Kelam akibat peningkatan mendadak paras air susulan hujan lebat selama beberapa hari.

KANGAR – Dua pusat rekreasi di bawah kendalian Jabatan Perhutanan negeri ditutup serta-merta untuk sementara waktu susulan kejadian hujan lebat selama beberapa hari di seluruh Perlis.

Hujan lebat berterusan menyebabkan limpahan air di kawasan rekreasi Taman Eko Rimba Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat dan Kompleks Eko Pelancongan Gua Kelam.

Pengarah Perhutanan negeri, Awang Shaffie Awang Ahmadni berkata, keputusan menutup kedua pusat rekreasi itu dibuat atas faktor keselamatan pengunjung.

“Kita membuat keputusan menutup dua kawasan ini selepas mengambil kira keselamatan pengunjung terutama apabila melibatkan aktiviti di air.

“Penutupan ini dilakukan untuk sementara waktu sehingga diberitahu kelak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambahnya, Jabatan Perhutanan Negeri akan terus memantau semua pusat rekreasi disebabkan keadaan hujan masih berlaku bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Terdahulu, tular di Facebook memaparkan video keadaan air sungai dalam gua yang melimpah keluar dari pintu masuk Gua Kelam. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI