fbpx

FGV lancar Ayam Kampung Ladang’57

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Pengarah Jabatan Pembangunan Pertanian dan Ternakan Felda, Hasrin Ismail; Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed; Ketua Pertanian Bersepadu FGV, Abdul Razak Aya; Pengerusi AEON Co, Datuk Iskandar Sarudin; Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda, Raja Faridah Raja Ahmad dan Ketua Peneroka Kebangsaan Felda, Sulong Jamil Mohamed Shariff pada majlis pelancaran di AEON BiG Wangsa Maju, hari ini.

PETALING JAYA – FGV Holdings Berhad (FGV) melancarkan produk pertanian terbaharunya, ‘Ayam Kampung’ di bawah jenama Ladang’57.

Ia adalah sebahagian daripada komitmen FGV untuk memenuhi permintaan pasaran bagi ayam segar, disamping menyumbang kepada agenda keselamatan makanan negara.

Dengan kerjasama rakan kongsi pemasaran dan pengedaran FGV, AEON BiG (M) Sdn. Bhd. (AEON BiG), Ayam Kampung Ladang’57 akan dipasarkan di 21 pasar raya besar AEON BiG di seluruh Semenanjung.

Ayam-ayam ini diternak secara semulajadi tanpa menggunakan suntikan hormon atau antibiotik, serta menjalani pelbagai proses pembersihan seperti penyembelihan yang halal dan pembersihan menyeluruh sebelum dibungkus.

­Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Nazrul Mansor berkata, sebagai syarikat makanan dan perniagaan tani terulung di negara ini, pihaknya komited untuk mengeluarkan produk makanan premium dan berkhasiat pada harga yang berpatutan.

“Bagi fasa pengenalan ini, kami menyasarkan untuk mengagihkan sebanyak 4,000 ekor Ayam Kampung Ladang’57 sebulan kepada AEON BiG.

“Kolaborasi bersama AEON BiG ini bukan sahaja akan membantu FGV dalam memenuhi komitmen terhadap agenda keselamatan makanan negara tetapi juga memainkan peranan penting dalam kejayaannya yang memberangsangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai boleh menikmati tawaran harga istimewa Ayam Kampung Ladang’57 pada harga RM9.90 sekilogram yang tersedia di seluruh negara sehingga 31 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI