fbpx

Fatin Afeefa dapat hak penjagaan anak sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatin Afeefa diberi hak penjagaan sementara anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

PETALING JAYA – Selepas hampir tujuh bulan turun naik mahkamah, aktres Fatin Afeefa diberi hak penjagaan sementara anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

Keputusan mahkamah tersebut disambut gembira oleh Fatin walaupun kes induk hadanah (penjagaan penuh) masih lagi berjalan.

Pemilik nama penuh Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, itu juga memberitahu Ivy akan berada di bawah penjagaannya sehingga kes tuntutan hak penjagaan anak selesai.

“Alhamdulillah kes hadanah interim selesai.

“Bagaimanapun, kes induk hadanah masih berjalan. Syukur pada Allah, Ivy akan berada di bawah jagaan saya sehingga kes indul selesai,” katanya dalam Instagram hari ini.

Turut gembira dengan keputusan hadanah interim itu ialah suami, Fatin iaitu Aliff Awang yang turut memuat naik foto mereka menunaikan ibadah umrah baru-baru ini dengan meletakkan kapsyen syukur kemenangan berpihak kepada mereka.

“Alhamdulillah. Kita menang,” katanya ringkas.

Terdahulu, episod perebutan hak penjagaan anak bermula apabila bekas suami Fatin, Adam Shahz yang juga pelakon memfailkan tuntutan hak penjagaan ke atas Ivy selepas mendakwa ebih dua bulan tidak dapat berjumpa dengan anaknya.

Pada Julai lalu selepas prosiding mahkamah, Adam melahirkan rasa syukur kerana akhirnya Fatin sudi bertolak ansur memberinya peluang bertemu dengan Ivy setiap kali cuti sekolah.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian.

Selain Ivy, Fatin turut memiliki seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI