fbpx

Desakan Ahmad Zahid berundur hanya mengeruhkan keadaan – Mohamed Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled . -Foto FARIZ RUSADIO / KOSMO!

SERDANG – Desakan agar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden UMNO selepas prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu hanya mengeruhkan lagi keadaan.

Sebaliknya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, apa yang perlu dilakukan parti itu ketika ini adalah mengenalpasti punca sebenar kekalahan majoriti kerusi yang ditanding pada PRN tempoh hari.

Jelasnya, desakan seumpama itu dilihat hanya sebagai jalan pintas untuk memberi alasan atas kekalahan yang telah dialami UMNO.

“Seelok-eloknya kita kaji dan buat post-mortem untuk kita tengok apa punca-puncanya, di mana kelemahan dan sebagainya.

“Saya percaya, apabila marah, emosi, akan keluar macam-macam kenyataan. Jadi, saya tidak mahu tergolong macam itu. Biar kita reda, kita lakukan post-mortem, kita cari kelemahan-kelemahan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Untuk rekod, pada PRN berkenaan UMNO hanya memenangi 19 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandingi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI