fbpx

Denda RM3,700 jika majikan paksa pekerja wanita berdiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja wanita di Arab Saudi mempunyai hak untuk duduk berehat apabila tiada pelanggan. – AFP

JEDDAH – Majikan di Arab Saudi yang membiarkan pekerja wanita berdiri sepanjang tempoh bekerja dan melarang mereka duduk berdepan hukuman denda sebanyak SR3,000 (RM3,705), lapor laman berita Gulf News.

Jurucakap Kementerian Sumber Manusia, Mohammed Al Razeqi berkata, tindakan memaksa pekerja wanita yang berkhidmat dalam sektor jualan dan penyambut tetamu untuk berdiri sepanjang masa adalah salah di sisi undang-undang buruh.

Ini kerana profesion tersebut tidak memerlukan pekerja untuk berdiri sepanjang masa.

“Pekerja wanita mempunyai hak untuk berehat jika keadaan tidak memerlukan mereka untuk berdiri.

“Ini tidak bercanggah dengan hak mereka untuk berehat di kawasan yang dikhaskan,” katanya kepada akhbar Okaz.

Tambah Mohammed, tindakan menghalang pekerja wanita daripada duduk adalah satu kesalahan dan boleh didenda sebanyak SR1,000 hingga SR3,000 (RM1,235 hingga RM3,705).

Komen tersebut dikeluarkan sebagai maklum balas terhadap aduan seorang pekerja wanita yang bekerja dalam sektor penjualan perabot.

Menurut pekerja terbabit, badannya berasa letih selepas dihalang daripada duduk ketika bekerja meskipun semasa tiada pelanggan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI