fbpx

Budak 6 tahun cedera disyaki didera bekas teman lelaki ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun mengalami kecederaan fizikal pada bibir dan mulut dipercayai dipukul bekas teman lelaki ibu kandungnya di sebuah rumah di Kampung Sinaran Baru, Kempas di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kejadian jahat itu dipercayai dilakukan lelaki berusia 29 tahun.

Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 25 tahun yang menyedari terdapat kecederaan pada fizikal anak kandungnya itu tampil membuat laporan polis pada pukul 10.39 pagi semalam.

“Susulan laporan yang dibuat ibu mangsa, polis melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan yang disyaki melakukan perbuatan itu.

“Tangkapan dilakukan di daerah ini pada pukul 11.05 malam semalam,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

Katanya, suspek direman lima hari bermula hari ini sehingga 19 Ogos depan bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI