fbpx

Aziz M. Osman, Lily kekal baik, bergurau isu sekat Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN sudah bercerai, Aziz dan bekas isteri sempat keluar bersama demi anak-anak.

PETALING JAYA – Biarpun sudah berpisah, pengarah Aziz M. Osman tetap mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya, Puteri Lily Lokman.

Selain dilihat keluar bersama, mereka juga terbuka berjenaka perihal tindakan Aziz menyekat Instagram Puteri sehingga tidak boleh diakses atau dibuat pautan (tag).

“Tidak boleh tag sebab kena block (sekat). Mahu suruh Aziz unblock semula. Berani dia berbuat demikian,” kata Lily semasa keluar bersama.

Pada masa sama, anak kepada Allahyarham Seniman M. Osman itu meninggalkan pesanan agar bekas isterinya tidak melakukan hantaran pelik jika tidak mahu kembali disekat.

“Awak buat hantaran merepek sahaja, saya akan sekat semulalah,” jawab sutradara berusia 60 tahun itu.

Sebagai ibu bapa, Aziz dan Puteri juga masih menjalankan tanggungjawab membawa anak-anak bersiar-siar, termasuk sama-sama bersantai di pusat beli-belah.

Sebelum ini, Lily memaklumkan sudah berpisah dengan Aziz pada awal bulan lalu dalam status Instagram bagi mengelak sebarang fitnah yang timbul antara mereka.

Pemilik nama lengkap Abdul Aziz Othman @ Yusof mendirikan rumah tangga bersama Lily pada 6 Jun 2010 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak.

Perkahwinan tersebut merupakan yang ketiga buat pengarah filem Senario The Movie itu yang sebelum itu pernah bergelar suami kepada pelakon, Nor Aliah Lee dan memiliki enam orang anak.

Selepas berpisah dengan Alia, pelakon 16 Puasa itu juga berkahwin dengan Nor Radhiah pada 4 April 2008. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI