JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita merangkak di lantai rumahnya bagi mengelak ditemui pengutip hutang, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia.
Berdasarkan rakaman, seorang pengutip hutang berjalan menghampiri sebuah rumah peminjam. Dia kemudian mengintai pada lubang di celah dinding rumah tersebut.
Pengutip hutang itu melihat seorang wanita yang dicari duduk di atas lantai rumahnya.
Apabila mengesan kehadiran pengutip hutang, wanita itu menundukkan badan ke atas lantai sebelum merangkak seperti seekor buaya untuk melarikan diri.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Penat merangkak tetapi masih dikesan,” komen seorang netizen.
“Rumah elit, bayar hutang sulit,” komen netizen lain. – Agensi