fbpx

PRN: Ahmad Said didesak berundur, pikul kekalahan BN Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Said.

KEMAMAN – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said didesak berundur berikutan kegagalan Barisan Nasional (BN) memalukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), kelmarin.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, sebagai pemimpin berkaliber dan berintegriti, Ahmad wajib bertanggungjawab dengan prestasi terburuk tersebut.

“Sudah tiba masanya untuk beliau (Ahmad) berundur dan memberi peluang kepada muka baharu untuk menerajui parti bagi menyuntik idea-idea baharu untuk menguatkan semula parti.

“BN negeri perlu melakukan rombakan secara ‘rebranding’ (penjenamaan semula) dan ‘reengineering’ (penstrukturan semula) kerana BN dan UMNO Terengganu ketika ini sangat lemah,” katanya di sini, semalam.

BN Terengganu buat pertama kalinya gagal memenangi walaupun satupun daripada 27 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada PRN, Sabtu lalu.

Ahmad juga gagal mempertahan kerusi Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal.

Wan Ahmad Nizam berkata, ini masa terbaik kerana Ahmad juga sudah terlalu lama menerajui UMNO Bahagian Kemaman sejak 23 tahun lalu.

“Sudah lima kali berlaku pertukaran ketua pemuda (UMNO Bahagian Kemaman) namun, ketua bahagian tetap individu sama (Ahmad),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI