fbpx

Mohd. Nasuruddin dijangka angkat sumpah MB Kelantan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nasuruddin.

KOTA BHARU – Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nasuruddin Daud dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang kesembilan esok.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di Istana Negeri Kubang Kerian, di sini pada pukul 3.30 petang.

Sumber berkata, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan yang juga wakil rakyat DUN Temangan dan sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri pula dilantik Timbalan Menteri Besar Kelantan.

“Selain itu, majlis angkat sumpah melibat barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) turut berlangsung esok.

“Seorang wakil rakyat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut dilantik sebagai Exco pada penggal kali ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI