fbpx

Mangsa dera ibu kandung, ‘tomboi’ akan dijaga datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz melawat adik Iman yang dipercayai menjadi mangsa dera di HSI, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menjadi mangsa dera ibu kandung dan wanita berperwatakan ‘tomboi’ di Layangkasa, Pasir Gudang akan dijaga datuknya apabila keluar dari hospital.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas melawat kanak-kanak itu Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.

“Luluh hati saya melihat keadaan adik Iman, kanak-kanak yang terlibat dalam kes penderaan baru-baru ini.

“Adik Iman telah dibawa ke HSI dan sedang menjalani rawatan. Saya dimaklumkan adik Iman akan dijaga oleh datuknya selepas discaj dari hospital nanti,” katanya menerusi hantar laman Facebook rasmi miliknya.

Kelmarin, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, pihak polis telah menahan reman pasangan tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Beliau dilaporkan dilaporkan berkata, ibu mangsa yang berusia 27 tahun direman enam hari, manakala suspek berperwatakan ‘tomboi’ pula berusia 30 tahun direman selama tujuh hari.

Kedua-dua suspek tersebut telah ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam pada pukul 12.30 tengah malam Jumaat lalu di kediaman mereka.

Onn Hafiz turut menzahirkan terima kasih kepada orang awam dan komuniti setempat yang peka dengan keadaan sekeliling dan terus melaporkan kes berkenaan ke talian kecemasan.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail yang melawat adik Iman memberitahu dia berada dalam keadaan stabil.

Tambahnya, kanak-kanak itu juga kelihatan ceria setelah bertemu dengan ahli keluarganya yang lain.

Menurut beliau, antara yang hadir ke hospital bagi menziarahi kanak-kanak tersebut dari Kedah termasuklah bapa, datuk serta bapa saudaranya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI