fbpx

Mahkamah: Najib mohon hakim tarik diri, batal bicara 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib ketika hadir di Mahkamah Tinggi hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini memfailkan permohonan supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.

Perkara itu dimaklumkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah apabila menyatakan beliau mendapat arahan daripada bekas Perdana Menteri tersebut untuk memfailkan permohonan berkenaan.

Menurut Muhammad Shafee, pihaknya memfailkan permohonan itu pagi tadi dan Najib turut mengikrarkan afidavit sokongan bagi menyokong permohonan tersebut.

“Permohonan dibuat susulan pendedahan Hakim itu pada bulan lalu bahawa beliau dan bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan pernah menjadi rakan kongsi di firma guaman sama sebelum ini,” kata Muhammad Shafee.

Justeru sekiranya, permohonan ini dibenarkan, pihaknya memohon supaya keseluruhan perbicaraan dibatalkan dan tertuduh dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

“Pilihan kedua ialah supaya perbicaraan ini didengar hakim baharu dan pilihan ketiga, supaya perbicaraan bersambung dan diteruskan oleh hakim mahkamah tinggi baharu,” katanya.

Selepas mendengar makluman pemfailan permohonan itu, Hakim Collin menetapkan 17 Ogos ini untuk mendengar permohonan berkenaan.

Pada prosiding 26 Julai lalu, Hakim Collin mendedahkan Jasmine pernah menjadi rakan kongsi (di firma Zain & Co), ketika beliau menjadi peguam 10 hingga 15 tahun lalu.

Isu itu dibangkitkan apabila Muhammad Shafee ingin mendapat pengesahan sama ada Jasmine akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

Ini kerana Jasmine dikatakan salah seorang sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang turut terbabit dalam skandal kewangan 1MDB, dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki.

Prosiding bersambung dengan mendengar keterangan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI