SEREMBAN – Pasukan Selangor FC berjaya mengutip tiga mata ketika menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) malam ini.
Perlawanan Liga Super itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, berakhir dengan keputusan 0-4.
Pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol pada minit ke-26 hasil tendangan penyerangnya, Richmond Boakye Yiadom.
Separuh masa pertama tamat dengan tambahan masa dua minit.
Gol kedua Selangor FC dijaringkan oleh Ayron Del Valle Rodriguez pada minit ke-58.
Pada minit ke-74, Yohandry Jose Orozco menjaringkan gol ketiga untuk Selangor FC.
Selangor FC berada pada kedudukan selesa apabila Harith Haiqal Adam Afkar menjaringkan gol keempat pada minit ke-83.
Seramai 2,834 penonton menyaksikan perlawanan itu.
Perlawanan tamat selepas tambahan masa tiga minit. – KOSMO! ONLINE