fbpx

Lebuh Raya Pan Borneo lebih 97 peratus siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya memaklumkan, pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak kini telah mencapai 97 peratus.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, dengan kemajuan tersebut, lebuh raya sepanjang 786 kilometer itu bukan sahaja akan menghubungkan pelbagai kawasan di laluan ini, malah memberi kesan limpah kepada penduduk.

Jelasnya, perjalanan seharian dari Kuching ke Sibu melalui melalui jalan darat tidak terasa dengan terbinanya kemudahan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak ini.

“Dalam Jelajah Eksplorasi Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak bersama Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak hari ini, kami telah meninjau beberapa lokasi, bermula dari Kuching hingga ke Sibu.

“Ini termasuklah Seksyen Bukit Begunan dan Kawasan Rehat Dan Rawat (Rest and Service Area – RSA) Jelukong di Sri Aman, Persimpangan Bertingkat di Betong dan layby di Julau,” katanya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, perjalanan hari pertama itu juga turut meninjau perkembangan pembinaan lebuh raya di lokasi yang akan dilalui Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong semasa Jelajah Kembara Borneo yang dijadualkan pada bulan hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI