fbpx

Lantikan Exco Kedah dijangka minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi memulakan tugas sebagai Menteri Besar Kedah setelah mengangkat sumpah jawatan di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah akan dibuat secepat mungkin dengan majlis angkat sumpah dijangka berlangsung minggu ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, nama-nama calon Exco akan ditentukan oleh kepimpinan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

“Mesyuarat parti pada petang ini dan parti yang akan menentukan jumlah (calon Exco) mewakili parti-parti komponen.

“Parti yang akan mencadangkan nama, saya akan tengok senarai itu. Saya nak barisan Exco itu berupaya untuk menterjemahkan Pelan (Pembangunan) Kedah 2035,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Katanya, barisan Exco yang dilantik itu nanti perlu mempunyai keupayaan khusus untuk menjayakan pelan pembangunan tersebut.

“Barisan Exco semua 11 orang termasuk saya dengan portfolio mengikut penyesuaian kepada keperluan semasa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI