fbpx

Lagi individu terjatuh Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membuat pemantaun di lokasi mangsa terjun di KM2.1 Jambatan Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Seorang pemandu kereta Proton Iswara dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Kilometer 2.1, Jambatan Pulau Pinang dari Perai menghala ke pusat bandar ini, pagi tadi.

Sebelum itu, lelaki berusia 48 tahun tersebut dilaporkan meninggalkan kereta terbabit dan dokumen peribadi di tepi jambatan berkenaan.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.14 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat digerakkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Jalan Perak dan Butterworth.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat dijalankan, manakala siasatan lanjut dilakukan pihak polis,” katanya di sini sebentar tadi.

Operasi tersebut turut dibantu pasukan Maritim Malaysia (APMM) dan polis Marin.

Pada 24 Julai lalu, Kosmo! Online melaporkan seorang wanita warga emas terjatuh di Kilometer 2.2, Jambatan Pulau Pinang, dari Perai menghala ke pulau, pada pukul 4 pagi.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI