KONSERT penyanyi Travis Scott yang berlangsung di Itali baru-baru ini didakwa sebagai pencetus terjadinya kejadian gempa bumi yang mengakibatkan 60 orang awam cedera.
Menurut laporan berita antarabangsa, CNN, selain faktor semula jadi, masyarakat setempat berpendapat bahawa gempa bumi tersebut berpunca daripada tindakan 70,000 penonton yang melompat-lompat sewaktu menyaksikan konsert penyanyi berusia 32 tahun itu.
“Gegaran terjadi selepas puluhan ribu penonton melompat-lompat sewaktu menonton konsert Scott, terutama ketika penyanyi itu memperkenalkan tetamu undangannya iaitu Kanye West,” tulis laporan CNN.
Konsert yang berlangsung di tapak bersejarah, Colosseum itu sekali gus menyebabkan pihak berkuasa tempatan melarang penganjurang sebarang bentuk acara muzik pada masa akan datang.
“Selepas ini, tiada lagi penganjuran konsert yang akan di adakan di tapak bersejarah ini (Colosseum),” ujar seorang pegawai tempatan.