fbpx

Kerajaan Perpaduan teruskan kerja jayakan agenda Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik Ahmad di Facebook, hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan Perpaduan meneruskan kerja bagi memastikan agenda Malaysia Madani berjaya dilaksanakan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau telah pun memasuki pejabat untuk meneruskan kerja.

“Di pejabat pagi ini. Kerja diteruskan untuk Kerajaan Perpaduan memastikan agenda Malaysia Madani berjaya dilaksana untuk manfaat rakyat.

“Terima kasih kepada pengundi yang menyokong perpaduan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri Sabtu lalu menyaksikan Perikatan Nasional (PN) kekal menguasai Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Parti gabungan Kerajaan Perpaduan pula terus mendominasi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang bagi membentuk kerajaan negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI