fbpx

Isteri bakar suami kedekut duit buku sekolah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa melecur teruk akibat dibakar isterinya. - Polis Kubu Raya

JAKARTA – Seorang wanita di Kalimantan Barat, Indonesia nekad membakar suaminya yang sedang tidur di kandang lembu, lapor laman berita Kompas.

Akibat kejadian itu, 60 peratus bahagian badan mangsa melecur.

Ketua Polis Kubu Raya, Ade Ardiansyah berkata, kejadian berlaku di sebuah kandang lembu dekat daerah Kubu Raya pada 6 Ogos lalu.

Seorang wanita bernama TM, 40, pada awalnya meminta wang daripada suaminya untuk membeli buku sekolah anak mereka.

Bagaimanapun, permintaan itu ditolak lelaki tersebut disertai kata-kata kasar terhadap isterinya.

“Akibat beremosi, pelaku menyiram mangsa dengan minyak petrol. Dia pada awalnya ingin menggertak namun keadaan semakin tegang apabila mangsa mencabar pelaku,” kata Ade.

Tidak lama kemudian, TM menyalakan mancis dan membakar suaminya. Mangsa menjerit meminta tolong sambil berlari ke arah kolam untuk memadamkan api pada badannya.

“Dalam keadaan panik, wanita itu menarik mangsa dari kolam dan terus membawa mangsa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan bantuan,” jelas Ade.

Mangsa kini dalam rawatan rapi manakala isterinya dalam siasatan polis. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI