fbpx

Chelsea dan Liverpool sama kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chelsea dan Liverpool terpaksa berpuas hati dengan satu mata pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, sebentar tadi. - AFP

LONDON – Keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) mewarnai aksi Chelsea dan Liverpool yang berkesudahan seri 1-1 di Stamford Bridge, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan saling mengecapi kekecewaan dengan keputusan VAR yang menyaksikan jaringan Mohamed Salah dan Ben Chilwell dibatalkan kerana dikesan offside.

Liverpool yang menyenaraikan dua bintang baharunya, Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai dalam kesebelasan utama bermula agak baik apabila percubaan Salah pada minit ke-12 hampir membuahkan hasil namun sepakannya sekadar singgah di palang.

Selang enam minit selepas itu, pemain Mesir berkenaan melakukan lorongan menarik di celah-celah pertahanan tuan rumah sebelum ia disudahkan dengan sempurna oleh Luis Diaz.

Keputusan pengadil membatalkan gol kedua Liverpool menerusi Salah seakan beri suntikan semangat buat The Blues yang memperoleh gol penyamaan menerusi Axel Disasi pada minit ke-37

Selang dua minit selepas itu, Ben Chilwell juga kecewa apabila gol dihasilkannya turut dibatalkan untuk babak pertama berakhir 1-1.

Aksi bersambung menyaksikan Chelsea tampil lebih baik berbanding di babak pertama dan beberapa kali berjaya cipta situasi cemas kepada benteng pertahanan The Reds.

Nicolas Jackson hampir menceriakan tuan rumah buat kali kedua sebaliknya percubaan jarak dekat dilakukannya pada minit ke-72 itu berjaya dihalang oleh penjaga gol Liverpool, Alisson Becker.

Walaupun The Blues lebih mendominasi permainan, tiada sebarang tambahan mampu dihasilkan untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI